Jangan Ikut Aku | Episod 5

2019-04-30 1,569

Permintaan yang kedua adalah daripada Bigfoot. Bigfoot teringin untuk memasuki pertandingan ratu cantik. Mendengar permintaan itu, Akil enggan melakukannya kerana fikir ia tidak masuk akal. Kerana marah, Bigfoot merasuk Akil dan berjaya mendaftar diri untuk satu pertandingan ratu cantik di sebuah kampung. Dengan pelbagai penipuan, Akil yang dirasuk Bigfoot berjaya dinobatkan sebagai Johan Ratu Kebaya. Setelah berpuas hati, Bigfoot memberitahu Akil yang dia tidak perlu lagi menunaikan permintaan Bigfoot. Akil berasa lega tanpa menyedari dia telah digunakan oleh Bigfoot ketika dirasuk.